MISI BANTUAN BANJIR LZNK DI PAHANG : AGIH 30 TAN KAMPIT BERAS, 60 KARTON KICAP DAN SOS DI SEK TUNAS BAKTI JERANTUT

    JERANTUT, 11 JANUARI 2021 : Pagi ini misi perjalanan bantuan banjir LZNK ke Negeri Pahang diteruskan ke Jerantut Pahang bagi tujuan mengagihkan bantuan makanan sebanyak 1 treler 6,000 kampit beras bersamaan 30 tan serta 60 karton kicap dan sos di Pusat Simpanan Jerantut (Sek Tunas Bakti Jerantut).

    Turut hadir sama semasa penyerahan bantuan tersebut Exco Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Nazri Ngah,  Pegawai Daerah Jerantut,  Puan Khairun Nissa Aris dan Timbalan CEO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Encik Khairuddin.
    Sejurus selesai penyerahan bantuan tersebut sekaligus diiringi dengan bacaan doa yang dipimpin  oleh Pegawai Agama Daerah Jerantut.
    Proses memunggah bantuan pada pagi ini juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga para pelajar daripada Sekolah Tunas Bakti Jerantut.
    Sebagai Makluman tambahan, misi konvoi bantuan khas banjir LZNK di Negeri Pahang ini akan teruskan ke Temerloh pula dengan diiringi Pegawai Polis Jerantut sebelum ke Kuantan.

    Sama-sama kita doakan agar perjalanan konvoi bantuan banjir LZNK di Pahang ini serta semua petugas-petugas dalam misi bantuan khas LZNK di Pahang ini diberi kekuatan, kemudahan dan dijauhkan dari segala penyakit dan bencana. InsyaAllah.

    Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


    350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

    “PEDULI ASNAF??

    HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
    Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
    No.Tel Zakat : 04-731 1740

    “Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

     

    Exit mobile version

    KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

    Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

    Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

    Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

    You have successfully subscribed to the newsletter

    There was an error while trying to send your request. Please try again.

    Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.