Utama Berita Agihan KECEKALAN NURUL HIDAYAH WAJAR JADI INSPIRASI

KECEKALAN NURUL HIDAYAH WAJAR JADI INSPIRASI

ALOR SETAR, 7 FEBRUARI 2021 – Status orang kurang upaya (OKU) penglihatan bukanlah penghalang untuk Nurul Hidayah Abu Hassan, 23, melangkah kaki ke menara gading demi menggapai cita-citanya.

Menurut Nurul Hidayah, semangat dan kecekalan adalah kunci untuk dia mengharungi semua dugaan biarpun jauh daripada keluarga tercinta apabila menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

Katanya, dia juga bersyukur kerana mendapat tajaan biasiswa daripada sebuah institusi kewangan bagi membolehkannya meneruskan pengajian di dalam program Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.

“Bantuan biasiswa ini banyak membantu meringankan beban kewangan saya dan ibu (Normawati Abd Razak, 60}, apatah lagi keluarga saya hanya bergantung dengan duit pencen ilat yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak kematian ayah pada 2009,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Boho, Hutan Kampung di sini pada Jumaat.

Nurul Hidayah berkata, kekurangan yang dimiliki tidak mematahkan semangatnya walaupun perlu menggandakan usaha berbanding rakan sekelas yang lain.

“Kalau dalam kelas memang saya akan dengar sahaja atau saya bawa telefon bimbit untuk rekod apa yang pensyarah cakap sebab bukan semua input ada dalam bentuk slaid.

“Kemudian balik asrama saya akan buka semula rekod itu dan buat semula nota. Kalau tak sempat nak buat hari yang sama, saya akan buat pada waktu hujung minggu,” katanya yang berjaya mengekalkan purata nilai gred yang baik setiap kali peperiksaan.

Nurul Hidayah yang kini memasuki tahun ketiga pengajian berkata, dia tidak mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di kampus kerana Unisza turut menyediakan sistem ‘buddies’ kepada pelajar OKU.

“‘Buddies’ saya adalah kawan baik saya sendiri. Jadi dia banyak bantu saya untuk bacakan nota, menunjukkan jalan atau belikan makanan. Untuk pengurusan diri, saya masih boleh urus sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia juga bersyukur kerana mendapat bantuan barangan ‘electronic magnifier’ daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini.

“Saya memohon bantuan daripada LZNK kerana komputer riba dan ‘electronic magnifier’ ini rosak serentak. Saya nak beli dua-dua sekali gus tak mampu memandangkan saya hanya bergantung dengan duit biasiswa sahaja.

“Alhamdulillah, bantuan zakat ini dapatlah mengurangkan beban saya kerana kedua-duanya adalah peralatan penting untuk saya belajar. Jadi, saya cuma perlu keluarkan wang untuk beli komputer riba sahaja,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.