Utama Uncategorized PZD YAN DAN JKM SANTUNI MANGSA RIBUT DAN KEMALANGAN JALAN RAYA

PZD YAN DAN JKM SANTUNI MANGSA RIBUT DAN KEMALANGAN JALAN RAYA

YAN, 12 DISEMBER 2018 – Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)merupakan antara dua agensi yang saling bekerjasama dalam menjaga kebajikan rakyat.

Baru-baru ini, pihak JKM dan Zakat Kedah menzahirkan kecaknaan kepada masyarakat dengan turun padang menziarahi rumah seorang mangsa ribut, Najib Hamid dari Kampung Setol, Yan dan seorang mangsa kemalangan jalanraya, Mohd Khairul Saifullah Nasruldin dari Kampung Belida Mamak, Batu 17.

Ziarah ini dilaksanakan sendiri oleh kedua-dua pegawai, Haji Logman selaku Pegawai Zakat Daerah Yan dan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan.

Najib Hamid yang merupakan mangsa ribut, terharu dengan kehadiran kedua wakil agensi bagi memantau keadaan rumah dan keluarga beliau.
Manakala, Kejadian kemalangan yang menyebabkan Khairul Saifullah kehilangan upaya turut menarik perhatian pihak Zakat dan JKM. Beliau yang kini terlantar sakit, tidak mampu mengurus dirinya sendiri melainkan dengan bantuan ahli keluarga.



Dalam pada itu, Haji Logman menyeru agar masyarakat dapat menunjukkan keprihatinan kita dengan menunaikan zakat secara sempurna dan dengan taksiran yang tepat dan betul. Sesungguhnya zakat yang ditunaikan, adalah hak mereka yang telah dikhaskan oleh Allah S.W.T sebagai amanah kepada kita semua Umat Islam.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf



Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.