Utama Berita Agihan 6 BUAH KAMPUNG DI BALING TERJEJAS AKIBAT RIBUT

6 BUAH KAMPUNG DI BALING TERJEJAS AKIBAT RIBUT

BALING, 2 APRIL 2019 – Berikutan angin kencang dan ribut kuat yang berlaku lewat petang ahad sekitar jam 4.30 petang itu telah mengakibatkan beberapa buah kediaman kampung sekitar daerah Baling terjejas.

Antara kawasan yang turut terjejas berikutan ribut tersebut ialah Kampung Paya Besar, Kampung Bukit Pak Kuning, Kampung Sungai Bemban, Kampung Guar Tinggi, Kampung Tembak dan Kampung Binjul Luar.

Menurut salah seorang mangsa, mereka tidak mampu berkata apa apabila melihat bumbung rumah termasuk kipas angin di siling hilang sekelip mata akibat diterbangkan ribut.

Kejadian yang berlaku itu telah merosakkan beberapa peratus bahagian rumah2 mangsa. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, sebanyak 15 buah rumah dilaporkan terjejas akibat ribut tersebut, namun begitu tiada sebarang kecederaan dialami semua keluarga.

Menurut Penolong Amil kariah yang terlibat, rata2 mangsa mengalami kerosakkan yang pelbagai.

Sebelumnya, mereka telah pergi untuk membuat tinjauan awal sebelum kehadiran bersama PZD Baling.

Terdahulu Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainol Abidin bersama penolong amil turut menyalurkan bantuan segera berupa kit bantuan makanan asas kepada semua mangsa yang terlibat.

Ustaz Ahmad Mustaqim berkata, pihak zakat akan mempertimbangkan bantuan susulan musibah alam untuk disalurkan kepada kesemua mangsa terlibat setelah proses dokumentasi lengkap bersama laporan polis.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.