Utama Asnaf Cemerlang ROHANI, TUKANG JAHIT GEMBIRA TERIMA BANTUAN JAYADIRI ZAKAT KEDAH

ROHANI, TUKANG JAHIT GEMBIRA TERIMA BANTUAN JAYADIRI ZAKAT KEDAH

PENDANG, 21 MAC 2019 – Pegawai Zakat Daerah Pendang, Ustaz Mohd Nasri Ab Ghani berkesempatan menyantuni Rossli Md Isa dan isteri, Rohani Abdullah di kediaman mereka bagi tujuan menyerahkan sebuah mesin jahit bernilai RM 3200.00 kepada mereka.

Terdahulu, Rossli dan Rohani telah memohon sebuah mesin jahit tepi halus daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan kini mereka dapat menarik nafas lega apabila permohonan mereka telah diluluskan di bawah bantuan jayadiri zakat Kedah.

Rohani Abdullah merupakan seorang tukang jahit yang komited dan rajin dalam melakukan pekerjaanya.

Beliau sentiasa mendapat tempahan pakaian daripada penduduk sekitar dan orang ramai berikutan hasil jahitannya sangat kemas dan disukai ramai.

Antara jenis jahitan yang diusahakan beliau, baju kurung, baju melayu, tudung dan telukung.

Dalam pada itu, Ustaz Nasri berkata, beliau mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi kerjayanya pada masa hadapan.

Rossli dan Rohani mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana telah meluluskan bantuan yang dipohon sekligus membuatkan impiannya tercapai untuk memiliki sebuah mesin jahit tepi halus.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.