Utama Berita Agihan KDYMM SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT TERIMA SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN KURNIA AGIHAN...

KDYMM SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT TERIMA SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN KURNIA AGIHAN ZAKAT FITRAH

ALOR SETAR, 24 APRIL 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah berkenan berangkat ke Majlis Serahan Zakat Perniagaan Serta Agihan Zakat Fitrah 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertempat di Dewan Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Menara Zakat, di sini.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Baginda Tuanku Sultan perkenan mengurniakan agihan zakat fitrah kepada para penerima yang layak terdiri daripada Asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Fi Sabilillah Negeri Kedah serta berkenan menerima empat replika cek zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Lembaga Tabung Haji yang diserahkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Baginda Tuanku Sultan Kedah kemudiannya menunaikan zakat fitrah di hadapan amil Lembaga Zakat Negeri Kedah dan mengambil kesempatan menziarahi pesakit yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang di Pusat Haemodialisis Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan mengurniakan sumbangan berbentuk wang ringgit dan menyantuni para petugas kesihatan di situ.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.