Utama Berita Kutipan Zakat Kedah Serbu Silterra (M) Sdn. Bhd.

Zakat Kedah Serbu Silterra (M) Sdn. Bhd.

6 Disember 2016 – Syarikat pengeluar semikonduktor Malaysia, Silterra (M) Sdn. Bhd. hari ini memberikan ruang kepada para pekerjanya dalam membuat potongan zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Jabatan Dakwah dan Kutipan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Kaunter pembayaran zakat ini telah dibuka bermula 5 Disember 2016 sehingga 7 Disember ini dan terbuka kepada semua kakitangan Silterra (M).

Pegawai daripada Jabatan Dakwah dan Kutipan LZNK, Mohd Suraidi bin Saad berkata, kilang ini merupakan antara yang paling konsisten dalam membuat potongan gaji secara bulanan ke atas para pekerja mereka saban tahun.

Silterra (M) yang dahulunya dikenal sebagai Wafer Technology ini telah menjadi satu syarikat yang paling konsisten dari segi pembayaran zakat para pekerjanya.

Selain kaunter kutipan zakat, LZNK turut bekerjasama dengan pejabat zakat cawangan Kulim dalam membeirkan pencerahan berhubung perihal zakat.

Semoga Silterra (M) Sdn. Bhd. terus berkembang maju di masa hadapan hasil keberkatan bayaran zakat yang dilaksanakan oleh pihak majikan mereka.

 

news_silterra_2 news_silterra_3

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.