Utama Berita Agihan 10 KEDIAMAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG PEGAWAI

10 KEDIAMAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG PEGAWAI

KOTA SETAR, 16 FEBRUARI 2021 – Berikutan kebakaran yang memusnahkan 10 buah rumah di Kampung Pegawai, Alor Setar pada petang semalam.

Pihak LZNK telah menjalankan siasatan bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Azizul Rusmadi Abdul Rahman dan kakitangan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar.

Hasil siasatan mendapati, 9 daripada 10 buah rumah telah musnah secara keseluruhannya. Terdapat 6 keluarga beragama Islam, 2 dari bangsa cina dan 2 dari bangsa India.

Selain itu, siasatan mendapati status tanah yang diduduki oleh keluarga di sini milik kerajaan iaitu Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS) dan
Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Pihak LZNK turut membuat penyerahan Kit Bantuan Makanan kepada 6 buah keluarga muslim bagi meringankan beban keluarga dan sempat membuat sedikit penerangan berkaitan skim bantuan yang selayaknya kepada golongan asnaf.

Pelbagai agensi yang turut hadir seperti agensi kerajaan, NGO dan penduduk setempat yang turut membantu bagi menyelesaikan masalah mereka.Turut hadir pada pagi ini iaitu Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Puan Halimaton Shaadiah Saad turut menyantuni keluarga tersebut.

Sebuhungan itu, pihak LZNK amat menghargai keprihatinan semua pihak yang terlibat dalam menyantuni asnaf.

Jika anda terjumpa asnaf atau ingin mendapatkan kepastian atau menyemak status asnaf yang dibantu oleh LZNK, anda boleh membuat demikian dengan menghubungi kami di talian 04-7331740, Whatsup 019-4181740 atau emelkan aduan anda di aduan@zakatkedah.com.my.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.