Utama Berita Agihan 10 KELUARGA DISANTUNI SYARIKAT KORPORAT

10 KELUARGA DISANTUNI SYARIKAT KORPORAT

SIK, 30 JULAI 2018 – Sebanyak 10 keluarga dari Kampung Baru Nami, Sik telah menerima sumbangan tunai dan barangan makanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama jawatankuasa Masjid Al-Ahmadiah Kampung Baru Nami, syarikat korporat serta agensi kerajaan dan badan berkanun.

Menurutnya lagi, antara syarikat dan agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Enviroment Idaman Sdn.Bhd, Keda Agrobiz Sdn.Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Sik, Maker Recipe Sdn.Bhd (Kilang Cap O), Syarikat Ayam Bismi, Syarikat Adabi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, (LZNK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Katanya lagi, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat menyalurkan info berkenaan kepada Zakat Kedah, Selain itu maklumat itu juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.