Utama Berita Lawatan USTAZ ABDULLAH HARUN DILANTIK PENGETUA BAHARU KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM AD-DINI

USTAZ ABDULLAH HARUN DILANTIK PENGETUA BAHARU KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM AD-DINI

1 FEBRUARI 2018 – Mantan Pengetua Maktab Mahmud Sik, Ustaz Abdullah Harun dilantik sebagai Pengetua baharu Sekolah Zakat Kolej Agama Sultan Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Maahad Addini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman yang mengumumkan perkara tersebut berkata, perlantikan Ustaz Abdullah berkuat kuasa pada 1 Februari 2018.

Beliau amat berharap, Ustaz Abdullah dapat menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar di Sekolah Zakat tersebut.

pendekatan melantik Ustaz Abdullah sebagai Pengetua sebegini pasti dapat melonjakkan kecemerlangan para pelajar khususnya dalam bidang Agama.

Ustaz Abdullah Harun, 56 tahun dilahirkan pada 3 Mac 1962, berasal dari Kampung Alor Binjal Kedah, beliau merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud Alor Setar Kedah seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah Munawarah dalam kursus bahasa arab dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1982. Beliau dikurniakan 5 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup beliau bersama isterinya.

Selepas tamat pengajian beliau telah berkhidmat di Lembaga Maktab Mahmud sebagai guru bahasa arab di Maktab Mahmud Alor Setar Kedah.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.