Utama Berita Bantuan MAAHAD DINI SIK MERCU TANDA BAHARU KEDAH

MAAHAD DINI SIK MERCU TANDA BAHARU KEDAH

SIK, 26 JUN 2021 :- Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim yang juga Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melawat satu tapak yang diwakafkan oleh seorang individu baru-baru ini.
Hadir sama dalam lawatan tapak tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman.
Tanah seluas 15 relung di Kampung Batu Seketul, Sik ini akan dibangunkan pusat pendidikan bagi golongan asnaf sebagai Maahad Dini Sultan Abdul Halim.
Kompleks pendidikan ini akan menelan belanja sebanyak RM12.5 juta untuk didirikan sekolah serta asrama dan dijangka siap dalam masa dua tahun setengah.
“Untuk kerja-kerja awal dah ada duit. Saya berharap, projek ini mendapat sokongan orang ramai untuk terus membayar zakat melalui LZNK.
“Kita kena pakat bantu LZNK untuk sama-sama jayakan projek membina kompleks pendidikan ini, selari dengan matlamat kerajaan untuk jadikan Sik sebagai daerah ilmu,”ujar Muhammad Sanusi.
Katanya lagi, tanah seluas 30 ekar bakal ditambah bagi meluaskan lagi kawasan pembangunan maahad ini.
“Tempat ini cantik. Sangat sesuai untuk dibangunkan.
“Terletak bersebelahan Tasik Beris, di kawasan berbukit, bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu untuk pembangunan negeri Kedah.
“Walaupun kemiskinan ini tidak dapat dihapuskan, tetapi kita dapat uruskan kemiskinan melalui projek ini,” kata beliau.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.