Utama Berita Bantuan HASRAT MELAHIRKAN BAKAL MUFTI DI KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM (KASAH)

HASRAT MELAHIRKAN BAKAL MUFTI DI KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM (KASAH)

ALOR SETAR, 31 MAC 2021 :- Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri berkesempatan berkunjung ke Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH) Ulul Albab Zakat Kedah sempena lawatan kerja rasmi beliau di bumi jelapang padi ini.
KASAH Ulul Albab ni dahulunya dikenali sebagai Pondok Moden Zakat Kedah, kemudian di perbaharui bagi tujuan menaik taraf sekolah ini selaras dengan model ulul albab di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
“Melangkah kaki ke sana, saya merasakan seolah-olah berada di bumi Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP yang saya asaskan beberapa tahun lalu”
Dengan hasrat untuk melahirkan bakal Mufti, KASAH tampil sebagai sebuah institusi pendidikan yang didanai Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan pendekatan yang berbeza dengan konsep pondok yang lain.
Jika dahulu, pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah dihantar untuk sambung belajar di bahagian perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, namun objektif sekolah ini adalah berlainan.
Dengan syarat minimum PT3 sebanyak 6A dan ke atas atau hafazan Al-Quran 30 juzuk, pelajar ini akan diasuh dengan impian melengkapkan diri secara Quranik (hafiz Al-Quran), Ensiklopedik (pakar rujukan pelbagai) dan Ijtihadik (berupaya memberikan pandangan).
Dalam kunjungan tersebut Yang Berhormat Menteri turut menyampaikan sumbangan Musa’adah covid-19 kepada wakil pelajar sekolah tersebut bernilai RM10,000 melalui Tabung Musa’adah JAKIM – Yayasan Wakaf Malaysia kepada KASAH sebagai tanda sokongan penuh Kerajaan Persekutuan terhadap usaha memartabatkan Islam di Negeri Kedah.
Selain itu, sumbangan berupa buku-buku bernilai RM5,000 turut diberikan kepada Perpustakaan KASAH.
“Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas usaha yang proaktif dan mulia ini. LZNK kini berada dalam kelas yang tersendiri dan sentiasa disegani. Saya doakan moga terus melangkah lebih jauh dan tinggi”
Turut hadir sama dalam lawatan tersebut, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Haji, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Haji Ruslan Said serta para delegasi daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) Dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.