Utama Berita Bantuan ZAKAT KEDAH SERTAI KONVOI BERMOTOSIKAL JELAJAH (JPJ) 1 MALAYSIA

ZAKAT KEDAH SERTAI KONVOI BERMOTOSIKAL JELAJAH (JPJ) 1 MALAYSIA

31 MAC 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini berkesempatan turut serta dalam Program Konvoi Bermotosikal Jelajah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Terdahulu Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid,  membuat ‘Flag Off’ peserta Program Konvoi Bermotosikal Jelajah JPJ Malaysia yang diketuai oleh Pengarah JPJ Negeri Selangor, Tuan Nazli Md Taib.

Konvoi Bermotosikal akan menjelajah ke semua JPJ Negeri-Negeri bagi menyerahkan Perutusan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-72 tahun yang dibaca oleh Pengarah-Pengarah JPJ Negeri semasa Sambutan Hari JPJ Peringkat Negeri dan peserta konvoi diberikan pendekatan pemanduan berhemah semasa menunggang Motosikal.

Dalam pada itu, menurut Pengarah JPJ Negeri Kedah, Tuan Ismasuhaimi berkata, Negeri Kedah merupakan perhentian ke – 7 jelajah konvoi ini tiba antara daerah yang dipilih bagi menjalani beberapa program CSR di sini adalah daerah Kuala Muda di mana hari ini bermula dari lebuhraya Sungai Petani Utara semua peserta konvoi telah mengunjungi Pusat Jagaan G, seterusnya ke Maahad Tahfiz Riyadul Quran di Sungai Petani Kedah dan berkahir di Tangjung Dawai Kedah.

Selain itu dalam program yang sama juga, Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria turut menyerahkan kit bantuan makanan asas kepada Pusat Jagaan G Warga Tua dan OKU serta Maahad Tahfiz Riyadul Quran.

Turut Hadir Sama dalam Konvoi Jelajah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan (LZNK), Ridzuan Ahmad,Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Ustaz Shabudin dan kakitangan daripada JPJ Kedah dan Lembaga Zakat Kedah.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.