Utama Berita Agihan 8 MASJID DI DAERAH YAN DIPILIH SEBAGAI PUSAT BEKALAN MAKANAN (LZNK)

8 MASJID DI DAERAH YAN DIPILIH SEBAGAI PUSAT BEKALAN MAKANAN (LZNK)

YAN, 14 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewujudkan pusat bekalan makanan atau dikenali dengan nama “Food Bank” bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan barang makanan asas seperti beras, gula, dan lain-lain lagi.

“Food Bank” telah mula diwujudkan di 3 buahdaerah tumpuan iaitu Sik, Baling dan Padang Terap sebagai fasa permulaan dan kini diikuti oleh 4 daerah lagi iaitu Yan, Pokok Sena, Bandar Baharu dan Langkawi.

Manakala, bagi Daerah Yan, 8 masjid telah dipilih sebagai pusat bekalan makanan iaitu Masjid Sungai Belida, Masjid Batu 14, Masjid Bukit Besar, Masjid Sg Limau Dalam, Masjid Dulang Kechil, Masjid Kg Pauh, Masjid Pekan Yan dan Masjid Singkir Laut.

Pihak zakat berharap semoga dengan adanya skim bantuan seperti ini, tiada lagi asnaf yang terputus bekalan makanan terutamanya yang mempunyai tanggungan yang ramai dan yang tiada sumber pendapatan tetap.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.