Utama Berita Agihan AGIHAN BANTUAN MAKANAN DI DAERAH SIK

AGIHAN BANTUAN MAKANAN DI DAERAH SIK

SIK, 24 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Pejabat Zakat Daerah Sik, baru ini telah mengagihkan set bantuan makanan kepada 20 orang asnaf yang terdiri daripada penoreh getah dan fakir miskin di sekitar kariah Namek, Telaga Batu, Hujung Bandar dan Kampung  Belantik.

Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam berkata, (LZNK) telah memilih beberapa masjid di daerah itu bagi menjadi pusat penempatan bekalan makanan.

Katanya, pusat penempatan bekalan makanan itu diwujudkan bagi membantu penduduk yang miskin di daerah itu dengan disalurkan barangan keperluan asas.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin memohon bantuan itu perlu berjumpa dengan imam masjid supaya menerima kupon bagi mengambil set bantuan makanan. Setiap bulan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan memperuntukkan sebanyak 30 set makanan bagi setiap masjid di daerah itu.

Menurut Khairul, sumbangan bantuan makanan itu diperuntukkan kepada mereka  yang terputus bekalan makanan terutamanya semasa tidak dapat menoreh getah pada musim hujan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.