Utama Berita Agihan AISHAH DIBANTU ZAKAT KEDAH BAGI BANTUAN BAIKPULIH RUMAH

AISHAH DIBANTU ZAKAT KEDAH BAGI BANTUAN BAIKPULIH RUMAH

BANDAR BAHARU, 16 OKTOBER 2018 – Kerisauan yang tampak diwajah Aishah Saud, 67 tahun, jelas kelihatan semasa menceritakan keadaan bumbung rumahnya yang sangat uzur dan perlu dibaiki dengan kadar segera. Berikutan itu, pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa turun padang untuk melihat sendiri keadaan rumah yang didiami oleh Aishah.

Melalui Tinjauan pihak Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu, hampir 80 peratus bahagian bumbung rumah Aishah sudah uzur begitu juga kayu yang telah dimakan anai-anai.  Aishah kini tinggal bersama dua orang cucunya yang berusia 5 dan 12 tahun sejak ibu bapa mereka berpisah. Manakala, anak Aishah pula hanya berkerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan tinggal berasingan, dan beliau hanya pulang untuk menghantar wang belanja memandangkan Aishah tidak berkerja.

Dalam pada itu, Aishah amat berharap supaya bumbung rumahnya dapat dibaiki oleh pihak Zakat dengan kadar segera. Sehubungan itu, beliau turut bersyukur dan berterima kasih kerana permohonan beliau mendapat perhatian pihak Pejabat Zakat Bandar Baharu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.