Utama Berita Agihan DANGAU TEMPAT BERTEDUH SEPASANG SUAMI ISTERI

DANGAU TEMPAT BERTEDUH SEPASANG SUAMI ISTERI

BALING, 17 SEPTEMBER – Kesusahan dan kesempitan hidup yang dialami oleh sepasang suami isteri mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Baling apabila mereka hanya tinggal di dalam sebuah ‘dangau’ yang dijadikan sebagai tempat untuk berteduh di Kampung Bukit Hijau, Kupang, Baling.

Menurut Zaifulrizan 39 tahun, rumah yang didiami sekarang bersama isterinya, Siti Mariam 29 tahun  adalah hasil titik peluh beliau sendiri selama hampir 3 tahun yang lalu tanpa sebarang kemudahan air dan elektrik. Rumah yang kelihatan seperti dangau itu hanya bertiangkan kayu-kayu hutan serta berdindingkan papan, menjadi tempat untuk beliau sekeluarga berteduh.

Melihat nasib yang dialami Zaifulrizan sekeluarga, Penolong Amil Kariah Bukit Hijau, Ustaz Alias Md Nor bertindak pantas menyerahkan borang bantuan zakat kepada Zaifulrizan

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Baling, Ustaz Mustaqim Zainul Abidin berkata bantuan rumah adalah rumit untuk dipertimbangkan kerana status rumah yang didiami Zaifulrizan adalah tanah rizab. Walaubagaimanapun, pihak zakat akan segera membantu menyelesaikan masalah ini bagi memberi kehidupan yang selesa untuk Zaifulrizan sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.