Utama Berita Agihan JUMLAH KUTIPAN ZAKAT 2019 MENINGKAT BERBANDING 2018 DI KEDAH

JUMLAH KUTIPAN ZAKAT 2019 MENINGKAT BERBANDING 2018 DI KEDAH

ALOR SETAR, 06 FEBRUARI 2020  – Jumlah keseluruhan kutipan zakat bagi tahun berakhir 2019 yang belum diaudit di Kedah, berjaya ditingkatkan hingga mencecah RM207.13 juta.

Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim berkata, peningkatan sebanyak hampir RM24 juta berbanding jumlah kutipan 2018 membuktikan bahawa kesedaran dan kepercayaan umat Islam terhadap Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) semakin pulih dan meningkat.

“Manakala jumlah keseluruhan agihan yang telah dibuat bagi tahun berakhir 2019 mencecah RM184.13 juta. Itu membuktikan bahawa zakat yang dibayar oleh semua rakyat di negeri ini sebenarnya telah pun diuruskan dan diagihkan kepada penerima yang layak.

“LZNK mengharapkan kerjasama semua untuk terus menguar-uarkan segala usaha yang dilakukan ini kepada seluruh masyarakat bagi memberi kesedaran serta persepsi baik, sekali gus memungkinkan lebih banyak pihak tampil menunaikan zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perasmian Pusat Bekalan Makanan Fakir Miskin (Food Bank) LZNK dan Pelancaran Sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di Kedah disempurnakan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

YB. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ketika melawat ke booth pameran produk Agihan Zakat

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berangkat ke majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Hotel TH dekat sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir serta Mufti, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang.

Sementara itu, Ammar yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan, LZNK memperuntukkan hingga RM10.5 juta setahun bagi mewujudkan ‘Food Bank’ tersebut dalam usaha memastikan tiada lagi rakyat beragama Islam di Kedah yang kelaparan atau terputus bekalan makanan.

“Selain itu, dengan pelantikan penolong amil di setiap kariah dalam negeri ini, masyarakat Islam tidak lagi perlu bersusah-payah mencari kaunter-kaunter zakat sebaliknya hanya perlu berjumpa penolong amil di masjid kariah masing-masing, bagi memohon bantuan diperlukan mengikut skim disediakan LZNK.

“Penolong amil juga bertanggungjawab mencari mana-mana individu yang layak dan memerlukan bantuan di kariah mereka bagi mendapatkan zakat dalam usaha kita memastikan tiada antara mereka yang terlepas daripada pandangan dan bantuan LZNK,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.