Utama Berita Kutipan KADAR ZAKAT FITRAH KEKAL RM 7.00

KADAR ZAKAT FITRAH KEKAL RM 7.00

ALOR SETAR, 7 MEI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menetapkan Kadar bayaran Zakat fitrah yang diwajibkan untuk umat islam di negeri Kedah bagi tahun 1440H/2019M adalah dengan kadar minimum RM7.00.

Penetapan tersebut adalah mengikut harga bagi satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, Walau bagaimanapun, bagi golongan yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan, boleh memilih kadar zakat fitrah iaitu Beras Super Import berjumlah RM14.00 dan Beras Basmathi berjumlah RM21.00.

Katanya bayaran zakat melebihi RM 7.00 adalah sunat dengan tiada paksaan kepada pembayar.

Menurutnya lagi, bayaran zakat fitrah boleh dibayar secara tunai kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui 2998 orang amil fitrah yang telah dilantik di 621 pusat kutipan zakat fitrah di seluruh negeri Kedah menggunakan resit rasmi zakat fitrah yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat negeri Kedah.

Selain itu, bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara online di laman Jom Zakat (https://jom.zakatkedah.com.my).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.