Utama Berita Agihan MESYUARAT LIBAT URUS PKMDKS BERSAMA PZDKS CAPAI MATLAMAT

MESYUARAT LIBAT URUS PKMDKS BERSAMA PZDKS CAPAI MATLAMAT

KOTA SETAR, 5 MEI 2019 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar bersama Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan Mesyuarat Libat Urus antara agensi yang dianjurkan oleh bertempat di Bilik Mesyuarat JKM Kota Setar Bangunan JKR, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.

Mesyuarat ini julung kali diadakan secara rasmi bertujuan untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Seramai 14 orang ahli mesyuarat yang terpilih dari kedua-dua agensi bagi merintis hubungan kerjasama persefahaman antara PKMDKS dengan PZDKS.

Mesyuarat kali ini lebih kepada pengenalan fungsi agensi kedua-dua belah pihak dan skim bantuan yang diberikan setiap agensi serta mengfokuskan kepada isu bantuan bencana terutamanya bantuan bencana ribut dan kebakaran.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad berkata, pihak (PZDKS) sering kali bekerjasama dengan PKMDKS dalam isu bencana khususnya melalui bantuan bencana banjir, ribut serta kebakaran secara tidak rasmi dan beliau berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan untuk bergerak ke hadapan bersama dengan PKMDKS untuk masa akan datang”.

Tambahnya lagi, beliau akan mengadakan pertemuan semula selepas ini bagi meneruskan sesi percambahan idea dan perbincangan bagi membantu golongan yang memerlukan terutama golongan asnaf.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Shahrin Nizar Hj Azudin menyambut baik pertemuan yang diadakan dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan PZDKS khususnya serta Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) amnya dalam apa jua program, aktiviti mahupun kerjasama dalam proses penyaluran bantuan kepada komuniti setempat terutama golongan asnaf yang memerlukan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.