Utama Berita Agihan KANAK-KANAK ASNAF DAPAT PERHATIAN LZNK

KANAK-KANAK ASNAF DAPAT PERHATIAN LZNK

ALOR SETAR, 19 DISEMBER 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus membantu kanak-kanak asnaf yang miskin dan kurang berkemampuan di negeri ini dengan penyampaian sumbangan beg dan pakaian sekolah menjelang musim persekolahan 2020.

Seramai 250 kanak-kanak dari lima buah sekolah sekitar daerah Kota Setar diraikan dalam satu majlis Serahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Rendah Daerah Kota Setar anjuran LZNK di Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar, Taman Rakyat Mergong dekat sini hari ini.

Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang berkata, usaha itu merupakan kesinambungan daripada sumbangan makanan LZNK melalui sistem ‘Food Bank’ kepada fakir miskin di negeri Kedah yang disalurkan kepada 576 buah masjid seluruh negeri ini.

“Sebanyak RM180.5 juta hasil zakat telah berjaya dikutip oleh LZNK dan dari jumlah itu, sebanyak RM 179.7 juta telah diagihkan kepada asnaf serta fakir miskin di negeri ini.

“Di Daerah Kota Setar saja, sebanyak RM19.4 juta telah diagihkan pada tahun ini. Pengagihan itu antaranya dibuat menerusi bekalan food bank kepada 96 masjid serta bantuan beg dan pakaian dari LZNK melibatkan perbelanjaan sebanyak RM206,700.00,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air Dan Sumber Air Dan Tenaga Negeri, Dato’ Ir Zamri Yusof; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Agihan dan Pembangunan Asnaf) LZNK, Ridzuan Ahmad serta Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Ahmad.

Dalam pada itu Syeikh Fadzil turut menzahirkan harapan supaya anak-anak asnaf yang mendapat sumbangan itu bersemangat untuk menempuh alam persekolahan tidak lama lagi.

“Kami sentiasa mendoakan agar anak-anak ini berjaya dalam kehidupan dunia akhirat dan akan menjadi pembayar zakat bila mereka bekerja nanti,” katanya.
Sementara itu rata-rata penerima sumbangan merakamkan ucapan terima kasih kepada LZNK di atas sumbangan tersebut.

Salah seorang waris pelajar, Azizah Awang, 46, berkata, sumbangan itu mampu membantu meringankan bebannya di awal musim persekolahan.

“Sebagai ibu tunggal, sumbangan ini sangat bermakna buat saya dan keluarga,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.