Utama Berita Agihan KEDAI NORMA ROSAK TERUK AKIBAT RIBUT

KEDAI NORMA ROSAK TERUK AKIBAT RIBUT

BALING, 30 SEPTEMBER 2018 – Akibat ribut kuat pada minggu yang lalu, seorang ibu tunggal terpaksa menanggung rugi apabila kedai makan yang menjadi tempat beliau mencari rezeki ranap menyembah bumi.

Kejadian itu dikhabarkan berlaku pada waktu malam di Kampung Tok Wi, Mukim Bakai dan melibatkan kemusnahan barang-barangan kedai namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Menurut mangsa, Norma Idris, 48 tahun, beliau hanya bekerja mencari rezeki dengan menjual nasi lemak dan burger di kedai yang musnah itu. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana tidak berniaga pada waktu kejadian.

Walaubagaimanapun, pihak zakat turut bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau apabila mendapat tahu bahawa punca rezeki tersebut adalah untuk menyara empat orang anak dan juga seorang bapa saudara beliau iaitu, Ahmad Abidin berumur 77 tahun yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Berikutan kejadian tersebut, pihak Pejabat Zakat Daerah Baling bersama Penolong Amil, Ustaz Ahmad Syafiq menyerahkan Kit Bantuan Segera dan tindakan susulan akan diambil bagi membantu Norma dan keluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.