Utama Berita Agihan KEDIAMAN KASIMAH ROSAK DITIMPA POKOK DURIAN

KEDIAMAN KASIMAH ROSAK DITIMPA POKOK DURIAN

BALING, 21 MEI 2019 – Berikutan angin kencang dan ribut yang membadai beberapa kawasan di daerah baling telah menyebabkan sebuah pokok durian tumbang lalu menghempap bumbung rumah Kasimah Lebai Chik, 60, yang tinggal di Kampung Lalang, Siong.

Walaubagaimanapun kepantasan dan keprihatinan pejabat zakat daerah baling dengan segera turun padang bagi menziarahi dan melihat keadaan yang dialami oleh Kasimah.

Namun begitu Kamisah tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Terdahulu, pen pegawai zakat daerah baling, ustaz mohd Norijan Aziz dan ustaz Mansor Musa telah menyerahkan bantuan berupa kit makanan asas sebagai bantuan kecemasan.

Turut hadir bersama penolong amil kariah Siong, ustaz Wahamid Ahmad yang akan membantu mangsa bagi menguruskan dokumentasi borg bantuan untuk tindakan bantuan susulan.

Kasimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada zakat kedah kerana cakna dalam musibah yang berlaku kepada beliau pagi tadi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.