Utama Berita Agihan KISAH TULAR KELUARGA HASNI MENDAPAT PERHATIAN PELBAGAI PIHAK

KISAH TULAR KELUARGA HASNI MENDAPAT PERHATIAN PELBAGAI PIHAK

KUALA MUDA, 17 JANUARI 2019 – Berikutan kisah tular seorang pelajar yang terpaksa memakai pakaian abangnya yang besar ke sekolah, Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda berkesempatan menziarahi keluarga Hasni Elias di Taman Seri Pekula, Tikam Batu.

Hasni yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan hanya RM1200 sebulan mempunyai tanggungan seorang isteri dan 4 orang anak. Mereka tinggal menyewa dikediaman tersebut dengan kadar sewaan RM200 sebulan.

Hasil siasatan mendapati Hasni pernah menerima bantuan berupa pakaian seragam sekolah yang dibekalkan oleh pihak LZNK kepada setiap sekolah di daerah Kuala Muda.

Sementara itu, wakil Pejabat Zakat Kuala Muda berkata, berlaku kelewatan dalam pengagihan pakaian sekolah di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Muda tahun ini.

Berikutan itu, pihak LZNK melalui Pusat Kemahiran Jahitan Kuala Muda perlu menyediakan kelengkapan tersebut kepada 6 buah daerah yang terlibat iaitu Baling, Sik, Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda dan Yan. Bagi daerah Kuala Muda, LZNK telah berjaya mengagihkan pakaian seragam sekolah kepada 46 buah sekolah daripada 66 buah sekolah yang terdapat di dalam daerah Kuala Muda.

Bagaimanapun, katanya bantuan kecemasan berupa wang tunai diberikan kepada keluarga itu pada kunjungi berkenaan untuk digunakan terlebih dulu bagi menyelesaikan keperluan tertentu.

Tambahnya lagi pihak zakat akan menilai jenis bantuan yang bersesuaian dengan keluarga ini, jika layak mereka boleh menerima bantuan bulanan bermula RM200 hingga RM500 sebulan bergantung pada pendapatan dan tanggungan keluarga.

Keluarga ini turut dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang hadir menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan.

Dalam masa yang sama, Ustaz Ahmad Fadzli yang hadir turut menyeru setiap masyarakat memainkan peranan dalam isu kemiskinan yang berlaku. Isu kemiskinan bukanlah isu perseorangan. Isu ini perlu diselesaikan melalui peranan semua pihak sama ada pihak individu sendiri, wakil masyarakat atau badan yang bertanggungjawab.

Selain itu, beliau turut menyeru masyarakat agar mengamalkan hidup bermasyarakat bagi mengelakkan terlepas maklumat-maklumat penting termasuklah berkaitan bantuan yang disediakan oleh pihak LZNK.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.