Utama Berita Agihan LIMA BERANAK HILANG TEMPAT BERTEDUH

LIMA BERANAK HILANG TEMPAT BERTEDUH

KULIM, 12 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim menerima maklumat berkenaan keadaan sebuah keluarga yang telah dihalau keluar daripada rumah sewa mereka di Taman Kucai, Lunas awal bulan yang lalu walaupun dikhabarkan tidak pernah melewatkan bayaran sewa rumah tersebut.

Keluarga ini telah mendapat ihsan Rumah Amal Bedaya untuk tinggal buat sementara sebelum mencari rumah sewa yang lain untuk didiami mereka sekeluarga. Keluarga ini turut menghadapi masalah kewangan apabila ketua keluarganya tidak dapat bekerja dengan keadaan motosikal mereka rosak.

Malahan, anak sulung mereka yang berumur sembilan tahun tidak dapat ke sekolah selepas mereka dihalau keluar kerana tiada pengangkutan.

Ridzuan turut terpaksa menyandar kad pengenalan beliau di sebuah kedai runcit kerana tidak memiliki wang untuk membeli susu anaknya yang bongsu berumur satu bulan.

Nasib keluarga ini turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kulim dan seorang guru untuk menyalurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui Pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak tampil menziarahi keluarga ini sekaligus menyalurkan kit bantuan makanan bersama bantuan wang segera  untuk membaikpulih motosikal tersebut.

“Pejabat Zakat Daerah Kulim akan membantu membawa motosikal keluarga ini untuk dibaikpulih di sebuah bengkel dan kos tersebut akan ditanggung sepenuhnya dengan wang zakat, kami juga turut berterima kasih di atas kesudian pemilik Rumah Amal Bedaya yang membenarkan keluarga ini berteduh sebelum mereka mencari rumah sewa yang baru”.

“Tidak lupa juga tindakan pantas Jabatan Kebajikan Masyarakatdaerah Kulim dan seorang guru dalam membantu keluarga ini. Pihak kami turut memberikan borang permohonan bantuan zakat bulanan kepada keluarga ini bagi memastikan nasib mereka dapat dibela dengan wang zakat setelah proses dokumentasi selesai. Saya turut berharap, masyarakat di daerah Kulim terus menyalurkan maklumat berkenaan asnaf kepada pihak kami” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.