Utama Berita Agihan LITAR PINTAS PUNCA KEDIAMAN AFFANDI TERBAKAR

LITAR PINTAS PUNCA KEDIAMAN AFFANDI TERBAKAR

BALING, 05 OGOS 2018 – “Lebih kurang jam 3.00 petang, saya masih berada di rumah dan melihat api sedang menyala di bahagian bumbung rumah saya”, demikian detik cemas yang diceritakan oleh Mohamat Affandi Desah, 38 tahun dari Kampung Padang Geh, Kuala Ketil berikutan rumahnya yang terlibat dalam tragedi kebakaran.

Menurut Mohamat Affandi rumah tersebut adalah milik ibu dan bapanya, beliau tinggal bersama mereka beserta anak-anak dan isteri beliau.

Menurutnya lagi, punca kebakaran tersebut adalah daripada litas pintas. Namun begitu, pihak bomba dan penyelamat masih dalam siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Justeru itu, wakil Bahagian Operasi PZD Baling tampil bagi membantu meringankan sedikit beban mereka dengan menyalurkan kit bantuan segera berupa makanan asas.

Dalam pada itu, mereka sekeluarga juga akan dibantu oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan bantuan musibah alam dibawah skim fisabilillah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.