Utama Berita Agihan LZNK HANTAR KLINIK BERGERAK KE SELANGOR

LZNK HANTAR KLINIK BERGERAK KE SELANGOR

SHAH ALAM, 24 DISEMBER 2021 :– Bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan akibat bencana banjir, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan.

Tidak ketinggalan Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK yang menghantar Klinik Bergerak LZNK bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman operasi dijalankan dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan khususnya Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

Selain itu, Klinik Bergerak LZNK ini juga mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai perubatan profesional yang bernaung di bawah NGO Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk hari pertama klinik berkenaan berada di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang yang menempatkan seramai 462 mangsa banjir sebelum bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor.

Manakala pada Ahad, klinik bergerak LZNK akan berada di TBA Pusat Pemindahan Sementara, PPS Shah Alam.

Dato’ Syeikh Zakaria mengalu-alukan warga Selangor yang berada di sekitar kawasan klinik bergerak untuk mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya perlu.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.