Utama Berita Agihan (LZNK) MELALUI PZD KOTA SETAR SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

(LZNK) MELALUI PZD KOTA SETAR SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

KOTA SETAR, 01 NOVEMBER 2018 – Berikutan fenomena puting beliung dan ribut kuat telah menyebabkan beberapa penduduk di kawasan sekitar Tajar telah terjejas dengan mengalami kerosakan yang teruk pada rumah mereka.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) yang sentiasa cakna dengan isu semasa masyarakat setempat hadir menziarahi keluarga yang terjejas ribut di Kampung Alor Melintang, Tajar baru-baru ini.

Mangsa, Nor’adzian Abd Majid, 57 tahun berkata beliau amat cemas dengan situasi ketika kejadian kerana pusaran angin yang terjadi begitu kuat hingga menyebabkan atap rumahnya hampir 80% diterbangkan angin, namun begitu beliau turut bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad dalam pada itu berkesempatan menziarahi mangsa sekaligus turut menyampaikan sumbangan berupa Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK beserta wang tunai berjumlah RM300.00 sebagai bantuan segera.

Menurut beliau, bantuan selanjutnya akan dipertimbangkan untuk disalurkan bagi membantu meringankan beban dan kos kerugian yang ditanggung mangsa setelah siasatan lanjut dilakukan.

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkenaan asnaf, hubungi talian bebas tol LZNK di talian 1800 88 1740. “Zakat Anda, Kami Agih”.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.