Utama Berita Agihan LZNK PERKENAL ‘ZAKAT ON TOUCH’ MUDAHKAN PEMBAYAR ZAKAT

LZNK PERKENAL ‘ZAKAT ON TOUCH’ MUDAHKAN PEMBAYAR ZAKAT

ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan memperkenalkan aplikasi ‘Zakat On Touch’ (ZOT) untuk memudahkan pihak pengurusan serta pembayar zakat memantau dan menyemak kutipan serta pengagihan zakat menggunakan telefon pintar secara telus dan efisien.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Syeikh Zakaria Othman berkata langkah itu sebagai usaha pihaknya untuk beralih daripada sistem manual kepada sistem pengoperasian secara digital sepenuhnya menjelang 2030.

“Dengan menggunakan telefon pintar sahaja, pihak pengurusan zakat termasuk penolong amil di masjid boleh mengemas kini data secara mudah contohnya berapa pengagihan bantuan bekalan makanan menerusi food bank, kita akan menilai sejauh mana keberkesanan aplikasi itu selepas ini dengan memperoleh data yang tepat dalam talian.

“Aplikasi ini mudah digunakan, penolong amil hanya perlu mengimbas kad pengenalan penerima bantuan dan sistem ini akan terus mengemas kini maklumat penerima, jumlah bantuan makanan yang diagihkan dan kepada siapa bantuan ini diagihkan.

“Dengan cara ini juga pembayar zakat akan dapat melihat secara telus ke mana wang zakat mereka diagihkan dan memberi keyakinan kepada mereka untuk membayar zakat selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Pengenalan Sistem Food Bank menggunakan aplikasi itu kepada beberapa penolong amil dari daerah Kota Setar dan Sik di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai permulaan, aplikasi yang dibangunkan sendiri LZNK akan dipraktikkan di tiga masjid di daerah Sik sebagai projek rintis sebelum diperluaskan lagi ke masjid di enam daerah selepas itu.

Menurut Syeikh Zakaria, aplikasi yang boleh digunakan orang awam bermula Januari tahun hadapan itu dapat memberikan maklumat dan data tepat kepada pihak pengurusan serta pembayar zakat dari semasa ke semasa.

“Apabila mereka boleh mengakses aplikasi itu, mereka juga dapat membantu LZNK memberi maklumat berkaitan asnaf yang ditemui dengan hanya mengimbas kad pengenalan mereka dan pada masa itu juga kita akan beri maklum balas sama ada dia layak atau tidak,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.