Utama Berita Terkini LZNK RANCANG BUKA KILANG PROSES PADI

LZNK RANCANG BUKA KILANG PROSES PADI

ALOR SETAR, 07 SEPTEMBER 2022 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan untuk mempunyai kilang memproses padi sendiri pada 2024 bagi membantu mengimbangi keperluan semasa terutamanya meringankan beban asnaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, kilang yang dijangka bernilai RM12 juta itu dilihat menjadi satu keperluan bagi memproses padi yang diusaha sendiri pihaknya melalui projek Smart Sawah di atas 200 hektar tanah di Yan.

Menurutnya, pembukaan kilang itu juga mampu mengurangkan kos operasi memproses padi dan secara tidak langsung akan membuka ruang pekerjaan kepada golongan asnaf.

“Sekarang ini hanya tinggal dua syarikat Melayu sahaja yang mempunyai kilang padi berbanding 20 syarikat sejak 15 tahun lalu yang kini sudah mati.

“Jadi kita perlu adakan kilang beras sendiri untuk imbangi keadaan semasa bersesuaian dengan projek Smart Sawah yang diusahakan oleh LZNK di atas 200 hektar tanah sawah,” katanya pada sidang akhbar di Menara Zakat Kedah, Alor Setar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Syarikat Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta berjumlah keseluruhan RM2 juta.

Zakaria (enam dari kiri) bersama wakil syarikat yang membayar zakat perniagaan di Menara Alor Setar pada Rabu.

Jelasnya, LZNK juga sudah mempunyai pelbagai kelengkapan dan mesin membajak sawah dan kini dalam proses untuk membeli tiga mesin padi bagi mengurus tanaman padi yang besar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, LZNK juga akan memperkenalkan Program ‘Zakat On Job’ pada tahun depan bagi membantu golongan asnaf terutama penganggur untuk mendapatkan pekerjaan di agensi pembayar zakatnya.

Menurutnya, lebih 12,500 penerima zakat di negeri ini bakal menerima manfaat tersebut dan perkara itu sedang dalam proses perbincangan dengan agensi pembayar zakat bagi melaksanakannya.

“Agensi pembayar zakat akan menawarkan peluang pekerjaan kepada asnaf yang mana 50 peratus gaji akan dibayar oleh zakat dan 50 peratus oleh agensi itu.

“Ini yang dikatakan jangan bagi ikan tetapi bagi kail. Sekurang-kurangnya pada 2023 nanti kita akan catatkan sejarah dari segi pengurangan peratus orang yang menganggur selain mereka bukan lagi asnaf.

“Kita juga nak golongan ini apabila mereka mencari pekerjaan, mereka akan datang ke LZNK,” ujar Zakaria.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.