Utama Berita Bantuan ZAKAT KEDAH DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA MALAYSIA MEMERTERAI (MOU)

ZAKAT KEDAH DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA MALAYSIA MEMERTERAI (MOU)

ALOR SETAR, 10 OKTOBER 2021 – Baru-baru telah termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Malaysia (YPPBM) di Menara Zakat Kedah.

(MOU) tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK,  Syeikh Zakaria Othman, dan Ketua Pegawai Eksekutif YPPBM, Ts. Mohd Muzzammil Nasir.

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menerima tawaran kerjasama daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Malaysia (YPPBM) untuk menjalankan pelbagai bentuk program pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran ke arah meningkatkan kualiti Pendidikan asnaf di Sekolah Zakat Kedah setara dengan sekolah-sekolah cemerlang di peringkat global.

Antara program yang akan disediakan kepada pelajar sekolah zakat kedah adalah
Kursus Pemantapan Penguasaan Bahasa Inggeris, Kursus Kemahiran dan Kecemerlangan Insaniah seperti keusahawanan, kepimpinan, pengurusan diri dan sebagainya.

Objektif pelaksaan ini adalah untuk meningkatkan kualiti Pendidikan asnaf di Sekolah Lembaga Zakat Negeri Kedah terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Selain itu mempersiapkan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran insaniah selari dengan visi dan misi penubuhan sekolah yang menekankan aspek kemenjadian pelajar.

Justeru memperkukuh dan memperluaskan hubungan Kerjasama LZNK dengan institusi penaja dalam bidang pendidikan.

Program ini juga menyasarkan Pelajar daripada tingkatan 4 dan 5 Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH), Aliran Ulul Albab dan Keusahwanan dengan jumlah pelajar terlibat sebanyak 250 orang.

Keseluruhan kos program kerjasama ini juga ditanggung oleh YPPBM, dan LZNK melalui Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat menyediakan pelajar untuk mengikuti program yang akan dilaksanakan pada tahun 2022.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.