Utama Berita Agihan MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SERAHAN BANTUAN RAYA DAERAH BALING

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SERAHAN BANTUAN RAYA DAERAH BALING

BALING, 30 MEI 2019 – Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus giat dalam melakukan pengagih bantuan ke seluruh negeri kedah secara amnya.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman telah merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Agihan Bantuan Raya kepada para penerima bantuan di kalangan asnaf dekat Baling.

Majlis yang dijalankan di Masjid Ubudiah Kampung Ketemba, Baling telah dihadiri oleh penolong-penolong Amil, pegawai Masjid dan Asnaf penerima bantuan bulanan daripada Kariah Ketemba.

Syeikh Zakaria dalam ucapannya, menzahirkan mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua penolong Amil yang telah menjadi tulang belakang dan sedikit sebanyak membantu LZNK dalam mengagih bantuan kepada asnaf di setiap kampung di Negeri Kedah.

Terdahulu Beliau hadir merasmikan program sekaligus menyampaikan Kit Bantuan Hari Raya Khas kepada asnaf di Masjid tersebut.

Selain itu, pihak pejabat zakat juga sedang giat mengagihkan bantuan Guru Agama Kg kepada hampir 1400 orang penerima di daerah baling.

Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, pihaknya sedang proses mengagihkan bantuan kepada guru2 agama kg di baling dengan kos yang melibatkan hampir RM551,600.00.

Program berjalan dengan lancar sehingga selesai berbuka puasa beramai2 dan solat maghrib berjemaah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.