Utama Berita Kutipan MAJLIS MESRA MAJIKAN ZAKAT PENDAPATAN SEKTOR KILANG

MAJLIS MESRA MAJIKAN ZAKAT PENDAPATAN SEKTOR KILANG

KULIM, 07 OGOS 2018 – Hari ini telah berlangsungnya satu Majlis Mesra Majikan Zakat Pendapatan Sektor Perkilangan bertempat di Fuller Hotel, Kulim.

Dalam majlis tersebut rata-rata peserta terdiri daripada Pegawai Sumber Manusia kilang-kilang sekitar Daerah Kulim.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat zakat yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Mohamad Suraidi Saad.

Selain itu dalam majlis yang sama juga turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kutipan Zakat Pendapatan Tertinggi dan Anugerah Bilangan Pembayar Zakat Pendapatan Tertinggi bagi sektor perkilangan di Daerah Kulim.

Dalam pada itu, Booth Jom Zakat juga turut dibuka untuk sesi ramah mesra dan penerangan tentang Sistem E-Majikan yang dikendalikan oleh Pasukan Jabatan Teknologi Maklumat dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Kulim dan Jabatan Pengurusan Zakat Korporat.

Turut hadir sama, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Zulkefli Abu Bakar dan Pegawai Zakat Daerah Kulim, Mohd Khairi Ishak.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.