Utama Berita Agihan MAS ERNI ZATTY, PESAKIT KANSER DISANTUNI ZAKAT KEDAH

MAS ERNI ZATTY, PESAKIT KANSER DISANTUNI ZAKAT KEDAH

KULIM, 14 MEI 2019 – Mas Erni Zatty Mazlan, 24, merupakan salah seorang penghidap penyakit barah ovari yang sedang mengikuti rawatan kimoterapi secara susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Beliau tinggal bersama keluarga di Taman Mewah, Kulim dan telah berhenti kerja sebagai Jurukur Bahan (QS) setelah beliau disahkan menghidap penyakit tersebut.

Bapanya pula tidak mampu bekerja diatas faktor kesihatan dan hanya bergantung harap pada wang yang dihantar oleh kakaknya yang bekerja.

Namun begitu, ternyata jumlah pemberian wang daripada kakaknya itu tidak dapat menampung keseluruhan jumlah perbelanjaan keluarga ini kerana beliau perlu menerima rawatan susulan di hospital dan membayar ansuran kereta serta rumah mereka yang telah tertunggak.

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak tampil bagi menziarahi keluarga tersebut.

Menurut, Ustaz Mohd Khairi, beliau amat prihatin dengan melihat keadaan keluarga ini yang memerlukan perhatian serta bantuan daripada zakat Kedah dalam membantu meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak Zakat Kedah akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya setelah segala proses dokumentasi selesai.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” 
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.