Utama Berita Kutipan MIDF SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM1 JUTA KEPADA ZAKAT KEDAH

MIDF SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM1 JUTA KEPADA ZAKAT KEDAH

7 MEI 2018 – Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Negeri Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini telah perkenan untuk menerima zakat perniagaan daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang berjumlah RM1 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016 dan 2017 bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, YBhg. Datuk Mohd. Najib bin Hj. Abdullah yang mengetuai serahan zakat tersebut menyerahkan zakat perniagaan MIDF kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah sambil disaksikan oleh DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Paduka Haji Bakar Din, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman dan Mufti Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil Awang.

Sebahagian sumbangan zakat tersebut adalah bagi tujuan khusus bagi menampung kos pembesaran operasi Pusat Haemodialisis Zakat Kedah (PHZK) di Kompleks Pembangunan Asnaf (Insaniah Mergong) yang terletak di kawasan Mergong, Kedah.

Semoga dengan sumbangan zakat ini serba sedikit membantu golongan fakir miskin yang tidak mampu menampung kos rawatan buah pinggang dan sekaligus membantu Jabatan zakat menyediakan perkhidmatan dialisis, memandangkan jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat.  MIDF tidak hanya menjana keuntungan material tetapi ingin memberikan impak yang positif dari segi pengisian kerohanian dan juga aspek pembangunan sosio-ekonomi.

Turut hadir sama wakil MIDF, YBhg. Dato’  Mohamad Razali bin Mohamad Rahim selaku Ketua Divisyen Pembangunan Perniagaan, Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat Kumpulan, Encik Abdul Malek bin Abdul Hafiz, serta Wakil LZNK, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dakwah dan Kutipan, Ustaz Mohd Faisal Mustaffa dan Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Ustaz Mohd Suraidi Saad.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.