Utama Berita Agihan MOHD SYIDDIN, PENTERNAK KAMBING GEMBIRA TERIMA “MESIN CHOPPER”

MOHD SYIDDIN, PENTERNAK KAMBING GEMBIRA TERIMA “MESIN CHOPPER”

BALING, 25 NOVEMBER 2018 – Semangat dan usaha gigih serta tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ternyata membuahkan hasil bagi Mohd Syiddin Hassan kerana beliau kini dapat manarik nafas lega apabila beliau telah menerima kunjungan daripada Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin.

Setelah hampir 8 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan kambing secara kecil-kecilan , secara tidak langsung hasil ternakan beliau membiak secara memberangsangkan dan sehingga kini jumlah ternakan beliau telah mencecah 40 ekor kambing.

Oleh hal yang demekian, beliau telah membuat permohonan bantuan jayadiri kepada LZNK melalui Pejabat Zakat Daerah Baling.

Sehubungan itu, LZNK dengan penuh penelitian telah meluluskan permohonan Mohd Syiddin berupa sebuah Mesin Chopper (mesin pemotong rumput) kepada beliau.

Dengan adanya mesin tersebut, kini Mohd Syiddin tidak perlu lagi bersusah payah memotong rumput-rumput untuk memberi makan kepada kambing-kambing ternakan beliau.

Dalam pada itu, Syiddin turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, khususnya kepada pembayar-pembayar zakat di Negeri Kedah ini.

Di samping itu juga, Ustaz. Ahmad Mustaqim berkata, beliau amat berharap agar Mohd Syiddin terus Berjaya dalam bidang yang diceburi olehnya dan akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat kelak.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.