Utama Berita Agihan PEJABAT ZAKAT DAERAH YAN SANTUNI KELUARGA ABDUL HALIM

PEJABAT ZAKAT DAERAH YAN SANTUNI KELUARGA ABDUL HALIM

YAN, 7 MEI 2019 – Abdul Halim Abdullah, 53 tahun merupakan penerima bantuan kewangan miskin bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak tahun 2016.

Beliau kini menyara 6 orang anak dan seorang isteri dengan pendapatan yang tidak menentu hasil daripada pekerjaan beliau sebagai buruh kampung.

Mereka sekeluarga kini menetap di sebuah rumah kayu di persisiran pantai Kuala Sungai Dedap, Yan.

Berikutan kesempitan hidup, beliau tidak mampu membaiki rumah demi keselesaan keluarga.

Prihatin dengan nasib mereka, Pejabat Zakat Daerah Yan tampil bagi menziarahi keluarga beliau bersama penolong amil, ustaz Fakhrulrazi Omar merangkap Imam kariah tersebut.

Dalam pada itu, wakil PZD Yan berkata pihaknya akan mempertimbangkan bantuan yang selayaknya untuk disalurkan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Abdul Halim sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.