Utama Berita Agihan PENGANJURAN SKIK 2020 CATAT SEJARAH TERSENDIRI

PENGANJURAN SKIK 2020 CATAT SEJARAH TERSENDIRI

ALOR SETAR, 30 APRIL 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menganjurkan Seminar Kewangan Islam Kebangsaan 2020 (SKIK 2020) secara atas talian bermula 27 April hingga 21 Mei depan.

Pengerusinya, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim berkata, usaha tersebut merupakan sesuatu yang amat membanggakan memandangkan LZNK merupakan agensi zakat pertama yang menganjurkan seminar secara atas talian.

“Inisiatif LZNK merancang pembentangan dalam tempoh minggu pertama hingga minggu keempat Ramadan yang turut diselang selikan dengan forum, mampu mengimarahkan Ramadan kali ini menerusi program ilmu dilaksanakan.

“Sebanyak 50 kertas kerja telah diterima dan 26 geran penyelidikan bersama antara Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat UUM (IPIZ UUM) akan dibentangkan oleh ahli-ahli akademik, mahasiswa serta pengamal industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian seminar tersebut yang dibuat secara langsung di Laman Facebook LZNK, hari ini.

Penganjuran seminar tersebut pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 13 April lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pembentangan kertas seminar secara atas talian tersebut diadakan dengan kerjasama IPIZ UUM, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (UniSHAMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sementara itu, Ammar yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata,
inovasi dalam pembangunan produk dan perkhidmatan baharu amat diperlukan bagi mencapai kestabilan kewangan Islam yang kukuh.

Menurutnya, inovasi tersebut perlu dilaksanakan bagi memastikan kewangan Islam dapat sentiasa memenuhi keperluan perniagaan dan pelanggan yang sentiasa berubah.

“Begitu pun, inovasi kewangan tanpa had boleh menjadi sumber ketidak stabilan utama dalam sistem kewangan.

“Maka inovasi yang dilakukan ini perlu berlandaskan Maqasid Syariah (Matlamat syariah) untuk mengutamakan tujuan manfaat demi rakyat,” katanya.

Tambahnya, langkah itu menuntut penghayatan prinsip syariah yang mendalam dalam urus niaga kewangan Islam dari pelbagai aspek.

“Malah langkah untuk merangkumkan inovasi berlandaskan syariah memerlukan budaya kepatuhan syariah yang kuat bagi memastikan proses pembangunan produk berkaitan menekankan tawaran nilai yang beretika,” katanya.

Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sewaktu merasmikan (E-SKIK 2020) Secara dalam talian 

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.