Utama Berita Kutipan PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK) SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM1.5 JUTA

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK) SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM1.5 JUTA

ALOR SETAR, 10 OGOS 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima zakat perniagaan daripada 9 buah Kumpulan Syarikat-Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjumlah RM 1,513,575.37 yang diserahkan dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Ejen Kutipan Zakat serta serahan Zakat Perniagaan PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK di The Jerai Hotel Alor Setar.

Zakat Perniagaan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah dengan disaksikan oleh CEO Zakat Kedah, Syeikh Zakaria Othman.

Antara syarikat yang mendahului penyerahan zakat perniagaan ini Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjumlah RM353,100.46, diikuti Kedah Medical Center Sdn. Bhd sebanyak RM 525,474.91, Kulim Technology Park Corporatin Sdn. Bhd sebanyak
RM 500,000.00 dan Bina Darulaman Berhad berjumlah RM 110,000.00.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah KSDC Insurance Brokers Sdn. Bhd yang mengeluarkan zakat sebanyak RM 5,000.00, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd berjumlah RM 5,000.00, PKNK Hotels Sdn. Bhd sebanyak
RM 5,000.00,  dan Kynetics Land Sdn. Bhd berjumlah RM 5,000.00

Manakala dalam majlis yang sama juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman turut menyerahkan sijil penghargaan muzakki kepada 9 buah syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, syarikat yang membayar zakat perniagaan akan dapat membina hubungan serta kepercayaan pengguna untuk terus setia dengan mereka.

Sementara itu, Syeikh Zakaria berkata PKNK menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Kedah melantik ejen kutipan zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk membuat tafsiran zakat di anak syarikat kumpulan perbadanan berkenaan.

“PKNK adalah peneraju kepada anak syarikat di Kedah, saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PKNK atas usaha memusatkan kiraan zakat pendapatan, perniagaan kakitangan anak syarikat di bawah satu payung perbadanan ini.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.