Utama Berita Agihan LZNK SELARASKAN BANTUAN MAKANAN PENDUDUK TERJEJAS (TEMCO)

LZNK SELARASKAN BANTUAN MAKANAN PENDUDUK TERJEJAS (TEMCO)

ALOR SETAR, 09 OGOS 2020 : Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyelaraskan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakarian Othman, setakat ini pihaknya belum memutuskan jumlah tambahan bantuan makanan food bank berikutan terdapat bantuan sedia ada yang diagihkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan, 18 Mac lalu.

“Sekarang kerajaan negeri sudah membuat pengagihan makanan di kawasan yang dilaksanakan TEMCO, ia termasuk bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini, kita belum terima aduan ada penduduk yang tak makan semasa pelaksanaan perintah ini, kerajaan sudah ambil tindakan pantas membantu penduduk, jika sampai ke tahap diperlukan, LZNK bersedia untuk membuat penambahan food bank di setiap masjid kariah kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Ejen Kutipan Zakat dan Serahan Zakat Perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Serta Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKNK di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Abdullah.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim, iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, LZNK sudah memperuntukkan hampir RM17 juta kepada penduduk terjejas akibat PKP.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.