Utama Berita Agihan PONDOK USTAZ HAJI NAN HANGUS TERBAKAR

PONDOK USTAZ HAJI NAN HANGUS TERBAKAR

KULIM, 03 FEBRUARI 2019 –  Tiga buah pondok di Pondok Pengajian Ustaz Haji Nan telah terlibat dalam satu tragedi kebakaran.

Berikutan kejadian tersebut terdapat beberapa buah pondok daripadanya mengalami kerosakan yang serius serta memusnahkan hampir kesemua kitab-kitab serta pakaian dua orang penghuninya.

Namun begitu tindakan pantas daripada anggota bomba dan penyelamat daerah Kulim Hi-Tech untuk mengawal kebakaran telah mengurangkan kesan kebakaran tersebut daripada merebak ke pondok yang lain.

Sehubungan itu, Mudirnya amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak telah hadir menyantuni penghuni pondok tersebut pada hari kejadian memandangkan beliau  telah merancang untuk menziarahi Ustaz Haji Rodenan Abd Majid atas urusan rasmi pihaknya dengan pondok pengajian tersebut pada minggu lalu.

Melihat keadaan pondok yang terlibat kebakaran itu, Ustaz Mohd Khairi berkata pihaknya amat bersimpati keatas ujian yang menimpa dua pelajar pondok ini yang masih muda.

Namun, Allah masih melindungi kedua-duanya daripada mengalami kecederaan yang serius akibat dari kebakaran tersebut.

Satu kit bantuan telah disalurkan kepada pelajar pondok tersebut sebagai tanda bersimpati keatas ujian yang menimpanya.

Semoga dengan ujian ini, mereka terus tabah serta kental meneruskan pengajian kitab di pondok tersebut seterusnya menjadi insan yang berguna dimasa kini dan masa hadapan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.