Utama Berita Agihan PZD KOTA SETAR ZIARAH MANGSA POKOK TUMBANG

PZD KOTA SETAR ZIARAH MANGSA POKOK TUMBANG

KOTA SETAR, 13 MEI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) berkesempatan menziarahi satu keluarga mangsa pokok tumbang di Kampung Alor Senjaya, Anak Bukit, Alor Setar.

Dikhabarkan struktur akar pokok mempelam berkenaan sudah tidak mampu menampung tumbesaran pokok yang akhirnya jatuh menyembah bumi.

Mangsa Salasiah Saad, 70 tahun menceritakan detik-detik ketika berlakunya kejadian pokok tumbang berkenaan.

“Dalam kejadian sekitar jam 11.00 malam beliau mendapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap dibahagian tengah rumah serta bahagian dapur yang menyebabkan struktur bumbung dan dinding rumahnya mengalami kerosakan yang teruk.

Dalam ziarah berkenaan PZDKS telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK sebagai bantuan segera yang dihulurkan oleh LZNK.

Bantuan susulan akan diberikan kepada mangsa sesudah dokumen yang lengkap diserahkan kepada LZNK.

Salasiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembayar zakat dan LZNK kerana menghulurkan bantuan disaat insan seperti dirinya ditimpa musibah.

Beliau turut berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah kerana membantu beliau dalam proses pemotongan batang pokok mempelam yang tumbang tersebut.

Turut hadir dalam ziarah berkenaan, Penghulu Mukim Anak Bukit, Hasnizam Jahari.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.