Utama Berita Agihan PZD KULIM SANTUNI SEBUAH KELUARGA YANG TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

PZD KULIM SANTUNI SEBUAH KELUARGA YANG TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

KULIM, 12 MAC 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya telah berkesempatan menyantuni sebuah keluarga di Taman Mahsuri, Padang Serai yang dikhabarkan melalui NGO bahawa Keluarga ini telah terputus bekalan makanan.

Tindakan pantas diambil oleh pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim untuk memastikan keluarga ini mendapat bekalan makanan.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak, pihaknya amat bersimpati keatas nasib yang menimpa keluarga ini memandangkan dua orang anaknya masih kecil.

Anak sulung berusia enam tahun manakala adiknya berumur lima tahun.Melihat keadaan dalam rumah tidak mempunyai apa-apa dan tidur hanya beralaskan selimut semata-mata.

Keluarga ini menyewa rumah dengan kos sewaan sebanyak RM350 sebulan serta tidak mampu membayar dan kini sudah tertungak.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Khairi Ishak berkata,”Benarlah sabda Nabi S.A.W : Aku melihat ramai di dalam syurga daripada golongan fakir dan miskin. Semoga keluarga ini tabah dalam ujian ini dan kepada suami atau bapa jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik yang mungkin serta jangan sekali-kali abaikan anak dan isteri. Jauhkanlah diri dari najis dadah.”

Tambahnya lagi, Zakat Kedah amat prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan  bantuan zakat akan disalurkan dalam masa terdekat bagi meringankan beban yang ditanggung mereka setelah dokumentasi selesai.

Terdahulu, kit bantuan makanan asas dan sumbangan wang tunai telah disalurkan kepada mereka sebagai tanda simpati pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim diatas ujian yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.