Utama Berita Agihan PZD KULIM ZIARAH PESAKIT ASTHMA DI LUNAS

PZD KULIM ZIARAH PESAKIT ASTHMA DI LUNAS

KULIM, 20 MAC 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak berkesempatan menziarahi keluarga Mohd Nor Omar,44 tahun, yang tinggal di Kampung Batu 7, Lunas, Kedah.

PZD Kulim dimaklumkan bahawa ketua keluarga ini merupakan pengidap penyakit asthma dan tidak mampu melakukan kerja-kerja berat.

Sumber pendapatan keluarga ini hanya diperoleh daripada hasil kutipan tin-tin kosong serta upah memotong rumput sahaja.

Ustaz Mohd Khairi berkata,”Pihak zakat akan berusaha membantu keluarga ini memandangkan hasil pendapatan mereka yang tidak stabil untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga seramai lima orang termasuk ketua keluarga tersebut.

Malah, ketiga-tiga orang anak mereka masih kecil dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi.”

Selain itu, Rumah mereka juga turut dipecah masuk oleh pencuri baru-baru ini dan menyebabkan beberapa barangan milik mereka hilang dengan sekelip mata.

Akibat kejadian tersebut, keluarga ini menghadapi kesempitan kewangan untuk membeli barangan keperluan harian.

Terdahulu, satu kit bantuan makanan asas telah disalurkan kepada keluarga ini sebagai tanda simpati pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah terhadap ujian yang menimpa keluarga ini.

Bantuan susulan akan disalurkan setelah segala dokumentasi diproses dibawah Skim Had Kifayah LZNK.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.