Utama Berita Agihan PZD POKOK SENA TERUS SANTUNI ASNAF

PZD POKOK SENA TERUS SANTUNI ASNAF

POKOK SENA, 08 OGOS 2018 – Genangan air mata kedua pasangan asnaf di Qaryah Masjid Bukit Payong, Mukim Gajah Mati tidak pernah menipu sebagai tanda penghargaan kepada wakil pihak Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena apabila pihak zakat prihatin dengan dengan keadaan mereka sekeluarga.

Terdahulu dalam lawatan wakil Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, Marwan Alias turut menyalurkan bantuan segera berupa beras kepada keluarga tersebut.

Amat mustahil bagi kita untuk  memahami dan mengerti keadaan mereka yang sebenar tanpa kita pernah melalui nasib seperti mereka selama ini.

Sudah pasti siapa sahaja yang datang ke rumah beliau akan berasa sayu dan akan membantu keluarga ini bagi meneruskan kehidupan dengan dengan lebih sempurna.

Menurut PZD Pokok Sena, bantuan yang sewajarnya akan dipertimbangkan untuk disalurkan kepada keluarga ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.