Utama Berita Agihan PZD SIK JELAJAH SELURUH DAERAH SIK DALAM MEMBUAT BANCIAN SEMULA KEPADA 1493...

PZD SIK JELAJAH SELURUH DAERAH SIK DALAM MEMBUAT BANCIAN SEMULA KEPADA 1493 PENERIMA BANTUAN ZAKAT

SIK, 10 APRIL 2019 – PZD Sik baru-baru ini telah menjelajah seluruh daerah sik bagi bertemu kira-kira 1493 penerima bantuan bulanan zakat bagi tujuan untuk menilai semula kelayakan penerima tersebut sama ada masih dikategorikan dalam asnaf fakir miskin ataupun tidak.

Menurut Pegawai Zakat Sik, Ustaz Khairul Nizam, antara salah satu daripada bantuan zakat ialah bantuan kewangan bulanan dimana bantuan ini diberikan kepada asnaf fakir miskin yang berdaftar.

Tambahnya lagi, bantuan bulanan ini akan diberikan kepada asnaf dalam tempoh satu tahun dengan nilai bantuan minimum RM200 dan maksimum RM500.

“Setelah tamat tempoh setahun, penerima perlu melalui bancian semula sama ada bantuan akan diteruskan atau ditamatkan”.

“Sekiranya, tahap kemiskinan penerima bertambah teruk, jumlah bantuan akan ditambah. Namun, sekiranya tahap kemiskinan berkurangan, maka jumlah dikurangkan mengikut sistem had kifayah” katanya.

Terdahulu, PZD Sik berjaya mengumpulkan lebih 125 penerima bantuan bulanan qariah masjid Jeneri.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.