Utama Berita Agihan PZD SIK TINJAU SEMBILAN BUAH KEDIAMAN BANTUAN BAIKPULIH RUMAH

PZD SIK TINJAU SEMBILAN BUAH KEDIAMAN BANTUAN BAIKPULIH RUMAH

SIK, 14 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Sik baru-baru ini berkesempatan membuat lawatan dan meninjau beberapa buah rumah yang menerima bantuan zakat di bawah skim baikpulih rumah.

Projek baikpulih rumah daerah Sik kini sedang berjalan dimana lebih sembilan buah sedang di baikpulih.

Selain itu, kos baikpulih bergantung kepada penilaian jurutera bertauliah dengan peruntukan maksimum boleh mencecah sehingga RM20,000.

Menurut wakil PZD Sik, Pemohon juga harus memahami, bahawa peruntukan bantuan ini hanya untuk asnaf miskin sahaja.

Oleh demikian, terdapat banyak asnaf yang memohon bantuan ini sehingga ia melebihi peruntukan dengan kewangan zakat yang terhad.

Sehubungan itu, keutamaan bantuan ini juga terpaksa diberikan buat keluarga yang betul-betul daif.

Namun begitu, sebahagian permohonan bantuan ini telah dipertimbangkan bagi menerima bantuan lain berbentuk kewangan seperti rawatan, miskin bulanan dan skim bantuan sebagainya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.