Utama Berita Agihan PZD YAN AGIH BANTUAN MUSIBAH ALAM

PZD YAN AGIH BANTUAN MUSIBAH ALAM

SIK, 12 SEPTEMBER 2019 – Berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Daerah Yan baru-baru ini telah menyebabkan beberapa buah rumah mengalami kerosakan dipukul ribut.

memandangkan daerah yan merupakan salah satu daripada daerah yang terletak berhampiran laut, penduduk Kampung Permatang Buluh tidak terlepas daripada tempias angin ribut yang melanda di kawasan itu.

Terdahulu, Wakil Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan menziarahi beberapa keluarga yang masing-masing mengalami kerosakan yang teruk pada rumah yang didiami mereka susulan angin kuat tempoh hari.

Selain itu, Sebahagian bumbung rumah mangsa juga telah diterbangkan angin kuat dalam kejadian tersebut.

Pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan dalam pada itu, hadir bagi menyampaikan sumbangan zakat berupa wang tunai dan kit makanan asas kepada mangsa bagi membantu meringankan bebanan kos membaiki bumbung rumah yang rosak.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.