Utama Berita Kutipan RAJA MUDA KEDAH BERKENAN TUNAI ZAKAT FITRAH

RAJA MUDA KEDAH BERKENAN TUNAI ZAKAT FITRAH

ALOR SETAR, 15 APRIL 2022 – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan menunaikan zakat fitrah di Masjid Zahir di sini pada Jumaat.

Baginda membayar zakat fitrah berkenaan selepas menunaikan Solat Jumaat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Syeikh Zakaria Othman di pekarangan masjid tersebut.

Majlis pembayaran zakat fitrah kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang.

Hadir sama, Exco Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Mohd Yusri Md Daud.

Dalam perkembangan sama, Zakaria berkata, Tengku Sarafudin berkenan menunaikan kewajipan zakat fitrah itu melalui pembayaran secara dalam talian (online).

Zakaria berkata, LZNK memperkenalkan bayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi semua amil-amil dilatih dan juga kaunter bayaran tahun ini.

Beliau menjelaskan, bayaran secara talian yang diperkenalkan LZNK telah lama wujud namun kaedah pembayaran ditambah baik tahun ini.

“Cara bayaran secara tunai namun resit diterima secara talian supaya tidak akan berlaku pembaziran resit dan pembayar akan dapat menyimpan resit asal dan mencetak resit apabila perlu,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.