Utama Asnaf Cemerlang RAJA MUDA KEDAH DAN RAJA PUAN MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS...

RAJA MUDA KEDAH DAN RAJA PUAN MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS AGIHAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN LZNK

LANGKAWI, 31 DISEMBER 2019 – Langkawi menjadi daerah yang terakhir bagi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuat agihan bantuan persekolahan kepada pelajar keluarga asnaf yang terpilih.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.

Majlis agihan bantuan persekolahan ini diadakan di Masjid Al-Hana, Kuah Langkawi.

Pasangan Di Raja itu turut menyantuni golongan asnaf ini dengan menyarungkan pakaian kepada penerima.

LZNK memperuntukan lebih 1.3 Juta bagi membantu 20,979 pelajar kurang berkemampuan memulakan sesi persekolahan di seluruh kedah

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata bantuan persekolahan itu membabitkan 20,979 pelajar terpilih dalam kalangan asnaf yang dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

“Semua pelajar ini akan menerima bantuan berkenaan secara berperingkat sebelum berakhir hujung bulan ini. Setiap pelajar akan menerima sepasang pakaian sekolah serta beg, sekali gus menjimatkan perbelanjaan waris dalam mempersiapkan persekolahan anak anak.

“Bantuan seperti ini juga mampu membantu memberikan semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan satu hari nanti mereka dapat mengubah taraf hidup keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syeikh Zakaria berkata, pelajar daripada daerah Kuala Muda yang pertama menerima bantuan itu semalam yang membabitkan 3,486 pelajar daripada 79 sekolah.

“Selain Kuala Muda, bantuan juga untuk pelajar di daerah Kota Setar membabitkan 3,180 pelajar, Kubang Pasu (2,552), Baling (2,403), Kulim (1,760), Pendang (1,751), Yan (1,100), Sik (1,091), Pulau Langkawi (998), Padang Terap (987), Pokok Sena (854) dan Bandar Baharu (817),” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Pegawai Daerah Langkawi, dan Pegawai PPD Langkawi

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

 

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.